Friday, May 15, 2009

APA ITU PROGRAM AFFILIATE??

Apa itu program affiliate? Mungkin anda pernah mendengar pelbagai kaedah mencari wang di internet melalui affiliate program. Tetapi adakah benar anda mungkin akan memperolehi pendapatan dengan program affiliate?

Ramai juga yang berpendapat Affiliate program adalah satu skim atau program cepat kaya, malah ada tanggapan affiliate program adalah sama seperti skim pelaburan atau Multi level marketing (MLM) dan paling kronik lagi mengatakan affiliate program dalah satu skim internet haram.

Pendapat negatif diatas adalah sama sekali salah, dan ianya harus diubah. Pemasar internet yang matang dan telah bertahun-tahun lamanya memasarkan produk afffiliate pasti tahu bahawa perniagaan internet pada hari ini telah mejangkaui dan telah berevolusi dengan pantas.Affiliate Program adalah satu kaedah pemasaran yang digunakan oleh syarikat pengeluar produk atau perkhidmatan untuk memasarkan produk dengan memberi yuran komisen dari setiap jualan.

Boleh dikatakan juga, pemasaran Affiliate adalah satu strategi pemasaran online dimana syarikat tertentu akan membayar anda beberapa peratus keuntungan jualan dari setiap pelanggan online yang mereka perolehi dari link affiliate yang disediakan.

Ianya juga boleh dikatakan satu program perdagangan elektronik pada pemilik laman web (untuk cth, sebuah laman web mengenai keusahawanan) yang akan menghantar pelawat ke laman web jualan (seperti laman web pengiklanan) untuk membeli mana-mana pakej pengiklanan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Entiti perniagaan itu akan berkongsi keuntungan dari setiap jualan dengan pemilik web yang memperkenalkan tawaran milik entiti perniagaan terbabit.

Untuk maklumat lanjut sila klik laman web di bawah..

http://inspirasiniaga.blogspot.com/2008/09/apa-itu-affiliate-program.html

No comments:

Post a Comment